About Me

My photo
bintulu, sarawak, Malaysia

TEmA

Pages


Total Pageviews

Powered by Blogger.

Popular Posts

Sunday 11 December 2011

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO


REFLEKSI  MIKRO PENGAJARAN.               
Pengenalan
Dalam mikro pengajaran, saya telah  memilih tema tentang “Keajaiban Alam “ yang menerangkan  subtema untuk Faedah Batu Batan. Mikro pengajaran ini dibuat dalam masa tidak lebih daripada 5 minit yang mana saya telah memilih kelas Tahun 4 Bestari sebagai kelas pengajaran dan pembelajaran saya dan mata pelajaran yang hendak di ajar ialah Bahasa Melayu Tahun 4 . Saya telah memilih langkah pengajaran iaitu Mencungkil Idea atau dikenali sebagai Set Induksi bagi pengajaran mikro. Kelas ini mempunyai 33 orang murid dan merupakan sebuah kelas yang diklasifikasikan sebagai kelas sederhana.
Kekuatan  dalam Pengajaran Mikro.
1.    Saya menggunakan teknik penyoalan jenis teka-teki iaitu meneka objek yang di dalam genggaman tangan. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid ke arah tajuk yang akan dipelajari iaitu Faedah Batu Batan. Nampaknya murid-murid begitu berminat sekali meneka benda yang terdapat dalam genggaman tangan guru.
2.    Dalam kaedah mencungkil idea saya mengharapkan murid-murid akan lebih bermotivasi sebelum pergi ke langkah pengajaran yang seterusnya. Harapan saya telah tercapai kerana murid-murid menjadi bermotivasi sehinggakan mereka begitu seronok belajar dan ini akan lebih memudahkan saya untuk menyampaikan pengajaran yang seterusnya.
3.    Maklum balas daripada murid-murid begitu memberansangkan kerana penglibatan murid secara aktif dan saling bekerjasama dalam pembelajaran. Faktor ini adalah sangat penting agar sesi pembelajaran saya lebih bermakna dan berkesan.

Kelemahan atau penambaikan dalam Pengajaran Mikro.
1.    Dalam sesi pengajaran mikro yang telah di buat kelemahan yang ketara ialah dalam teknik penyoalan untuk meneka benda yang dalam genggaman guru. Murid-murid pada mulanya nampaknya belum begitu yakin atau masih teragak-agak untuk meneka sehinggalah guru terpaksa memanggil atau menunjuk salah seorang murid untuk meneka. Selepas itu barulah murid-murid lain berani meneka.
2.    Murid-murid masih tidak begitu memahami tentang konsep penggunaan batu-batuan dan perlukan bimbingan guru untuk memandu arah contoh kegunaan batu batan.
3.    Dalam Pengajaran Mikro yang telah saya lakukan saya rasa teknik penyampaian yang saya gunakan perlu diperbaiki iaitu dengan menyimpan benda yang hendak di teka ke dalam kotak hitam bagi menarik lagi minat murid untuk mengetahui benda yang terdapat dalam kotak tersebut berbanding dengan cara menggenggam batu dalam tangan yang nampaknya begitu mudah dan kurang menarik.
4.    Semasa pengajaran saya , ada kalanya saya terlepas pandang kepada beberapa murid yang tergolong dalam golongan lemah di mana mereka pun berminat untuk menjawap soalan tetapi saya tidak melayan mereka kerana asyik melayan murid-murid yang begitu menonjol dalam kelas.

Rumusan
          Secara keseluruhan pengajaran mikro saya agak Berjaya untuk menarik minat murid sebelum ke satu langkah pengajaran yang seterusnya.Penglibatan murid yang aktif menyebabkan pengajaran ini lebih bermakna dan memberansangkan proses pengajaran. Langkah mencungkil idea ini adalah salah satu langkah yang sangat penting sebelum pembelajaran di mulakan bagi mencungkil pengetahuan sedia ada dan minat murid.


Refleksi Makro-pengajaran
Alhamdulillah saya telah selesai membuat rakaman makro pengajaran. Rakaman         makro –pengajaran yang dijalankan pada kali ini mengambil  masa hampir 40minit. Walaupun En. Mohd. Nasir bin Misran meminta makro-pengajaran hanyalah 30 minit sahaja tetapi masa melebihi hampir 10 minit. Di dalam makro pengajaran yang dijalankan, di sini terdapat kekuatan dan juga kelemahan pada diri saya.
Saya menjalankan makro pengajaran bagi  pelajaran Bahasa Melayu  Tahun 4  bertemakan Keajaiban Alam dengan subtema bertajuk Faedah Batu Batan.  Pada permulaan  pengajaran dan pembelajaran pada hari itu murid nampaknya telah bersedia untuk belajar. Murid-murid dapat memberi kerjasama dengan baik, setiap soalan yang saya kemukakan mereka cuba  menjawabnya walaupun tidak tepat. Mereka  memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan pengajaran.
Disini saya menggunakan 3 kemahiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Kemahiran-kemahiran itu adalah :
i)             Kemahiran Kecerdasan Pelbagai : Verbal Linguistik , Kinestetik, Intra persenal dan Interpersenal.
ii)            Kemahiran Berfikir : Meneliti,Menjana idea dan Mengenal pasti.
iii)           Kemahiran Belajar Cara Belajar : Membaca, Mencatat, dan Menulis.
Pada langkah pertama iaitu langkah menjana atau mencungkil idea atau pun dikenali sebagai set induksi, saya cuba memancing minat dan perhatian murid dengan menyoal murid agar mereka meneka apakah benda yang ada di dalam genggaman saya. Saya  menunjuk beberapa orang murid meminta mereka cuba menjawap soalan yang saya kemukakan. Disamping itu, saya juga memberi pujian setiap kali mereka berjaya menjawab soalan yang dikemukan. Pada langkah kedua pengajaran yang dikenali sebagai menstruktur semula , saya menyuruh murid-muris membaca secara kelas , membaca secara berkumpulan dan membaca secara individu. Kemudian saya menjelaskan kembali petikan tersebut agar murid-murid faham akan isi kandungan yang disampaikan dalam petikan.  Pada langkah yang ketiga iaitu Aplikasi Idea , saya mengajar kemahiran tatabahasa dengan tajuk penjodoh bilangan kepada murid-murid dan meminta mereka memadankan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan gambar dan kad perkataan yang diberi. Murid-murid begitu seronok memadan penjodoh bilangan tersebut dan selepas habis kesemua penjodoh bilangan itu dilekatkan di papan hitam saya berbincang bersama-sama murid untuk membuat pembetulan. Nampaknya daripada 8 penjodoh bilangan itu 1 sahaja yang salah dan saya terus meminta murid-murid untuk membaca penjodoh bilangan itu beramai-ramai. Diakhir pengajaran , saya meminta murid-murid membuat ayat dalam lembaran kerja yang diberi bagi murid-murid yang kumpulan cerdas. Manakala bagi murid-murid yang lemah saya sediakan lembaran kerja iaitu memadan penjodoh bilangan.
Saya telah menetapkan 4 objektif di dalam rancangan pelajaran harian saya iaitu :   Diakhir pengajaran ini murid-murid akan dapat :
i.              Mengetahui faedah atau kegunaan batu- batan dalam kehidupan seharian.
ii.            Membaca petikan dengan intonasi yang betul.
iii.           Memadan sekurang-kurangnya 6 daripada 8 penjodoh bilangan yang di beri.
iv.           Membuat sekurang-kurangnya 5 daripada 8 ayat berdasarkan penjodoh bilangan yang di beri.
Murid-murid di minta  untuk membaca petikan dengan intonasi yang betul secara kelas, kumpulan dan individu . Kemudian saya meminta beberapa orang murid memadan penjodoh bilangan dengan melekatkan kad gambar dan kad perkataan di papan hitam. Apa yang dapat saya buat penilaian di situ ialah murid dapat memadan penjodoh bilangan dengan betul walaupun ada seorang murid yang tidak dapat memadan dengan betul.Apabila di suruh membuat ayat nampaknya murid-murid  faham dan dapat membuat ayat dengan baik.Pencapaian objektif pelajaran saya pada hari itu adalah 85% tercapai. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada hari itu,  murid-murid menunjukkan penglibatan yang aktif. Sepanjang 30 minit pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan saya dapati 95% mengikut seperti yang dibuat di dalam  rancangan pengajaran harian ( RPH).  Bermula dengan set induksi sehinggalah ke kemahiran penutup saya dapat mengikuti langkah demi langkah tanpa mengubah perancangan yang telah disediakan.  Sebelum memulakan pengajaran  saya telah membuat persedian terlebih dahulu.  Di samping itu saya cuba mengingati setiap langkah yang telah  dirancang agar penyampaikan saya tidak menjadi kucar kacir.  Semasa kemahiran penutup, saya telah merumus kembali apa yang telah di ajar dan menyoal murid-murid beberapa soalan untuk menguji kefahaman mereka. Secara keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran saya pada hari itu berjalan lancar walaupun ada sedikit kelemahan namun dapat diatasi.
Bagi membantu saya semasa pengajaran dan pembelajaran , saya menyediakan kad gambar dan kad perkataan bagi mengajar penjodoh bilangan. Pada sesi bacaan saya menggunakan lembaran petikan untuk diedarkan kepada murid-murid.Selain daripada itu ,saya menggunakan bahan maujud seperti batu untuk memulakan sesi set induksi. Sepanjang  30 minit saya membuat makropengajaran, saya masih belum puas hati kerana banyak kemahiran yang saya buat perlu dipenambahbaikan.   Jika diberi peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali saya akan mempersembahkam teknik dan aktiviti yang berlainan.   Saya akan membuat penambah baikan aktiviti tersebut agar lebih menarik.  Bagi memulakan pelajaran saya akan mengunakan alat tayangan bagi menarik lagi minat murid. Selepas itu saya akan mencungkil idea murid dengan bersoal jawab atau mencerita pengalaman murid.  Semasa perkembangan isi saya akan membuat tayangan bagi memantapkan lagi isi pelajaran yang hendak di sampai.  Seterusnya saya akan melakukan aktiviti seperti membuat peta minda dan membuat persembahan murid serta bersoal jawab bersama murid dari kumpulan yang lain.  Akhir sekali saya akan menjalankan pertandingan kuiz serta membuat rumusan  tajuk yang dipelajari pada hari tersebut.

Kesimpulan                                                                                                        Refleksi makro pengajaran yang di buat ini membolehkan saya menilai semula pengajaran yang dilakukan selama 30 minit.  Bermula dari set induksi sehinggalah ke bahagian penutup , saya dapat menilai sama ada pengajaran dan pembelajaran saya pada hari itu  tercapai objektif seperti yang tertulis di dalam rancangan pengajaran harian.  Sekiranya tidak tercapai saya akan mengubah teknik dan aktiviti pengajaran yang lebih menarik. Disamping itu , saya dapat menilai dimanakah kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuat.Maka dengan ini , dapatlah saya menambaikan apa kekurangan atau kelemahan dalam pengajaran saya.
                                                                       
 Kekuatan atau kelebihan dalam pengajaran makro
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya lakukan nampaknya terdapat beberapa kekuatan yang menjurus ke arah keberkesanan pengajaran.Kekuatan atau kelebihannya adalah seperti berikut:
1.    Permulaan set induksi yang begitu menarik minat murid dengan penggunaan kaedah teka-teki . Murid-murid begitu bersemangat dan aktif kerana masing-masing cuba hendak meneka benda yang ada di dalam genggaman guru.
2.    Penggunaan alat bantuan mengajar seperti lembaran petikan , kad gambar, kad perkataan dan bahan maujud dapat menambahkan kefahaman murid di samping dapat memudahkan murid untuk memahami tajuk yang dipelajari.
3.    Keadaan kelas yang konduksif dan selesa serta layanan guru yang mesra  memberi rasa keyakinan pelajar untuk mengikuti pengajaran dengan baik.
4.    Penggunaan lembaran kerja memudahkan kerja guru dan pelajar di mana pelajar tidak perlu bersusah payah menyalin di papan hitam.
5.    Teknik penyoalan guru tidak membebankan murid di mana guru  meminta secara suka rela murid untuk menjawap soalan tanpa ada rasa terpaksa.
Kelemahan –kelemahan dalam pengajaran makro
1.    Walaupun murid –murid berasa seronok dengan permulaan set induksi dengan meneka benda yang terdapat dalam genggaman tetapi saya rasa kalau kaedah teka –teki itu diubahsuai dengan cara meneka benda dalam kotak hitam mungkin ianya lagi menarik dengan penggunaan tongkat sakti selaku ahli silap mata murid-murid cuba meneka benda tersebut .Ini akan lebih memberansangkan lagi minat ingin tahu atau kesediaan belajar murid.
2.    Ada segelintir pelajar yang agak pasif di mana mereka hanya mendengar sahaja guru memberi penerangan atau soalan tanpa menunjukkan reaksi atau tindak balas.
3.    Sewaktu sesi membuat ayat secara lisan , kebanyakan murid boleh membuat ayat dengan baik tetapi jika di nilai pada tahap penguasaan murid-murid tahun 4, ayat tersebut masih tergolong dalam kategori ayat terlalu mudah atau perlu diperkembangkan lagi.

Penambahbaikan
Jika diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak benda yang akan diubasuai mengikut tahap penguasaan murid. Penambahbaikan yang akan dibuat adalah:
1.    Set Induksi atau langkah mencungkil idea.
Menukar kaedah pengajaran teka-teki yang meneka  batu di dalam genggam guru kepada meneka benda di dalam kotak hitam ala ahli sihir menggunakan tongkat sakti. Tujuan untuk memberansangkan lagi minat murid serta memberi kesediaan belajar yang menyeronokkan.
2.    Bahagian langkah aplikasi idea sepatutnya saya tukar teknik yang lebih menyeronokkan iaitu menubuhkan beberapa kumpulan kecil bagi menyusun atau memadan penjodoh bilangan yang di beri supaya betul berdasarkan gambar yang diberi. Jadi kumpulan yang dapat menyiapkan dengan cepat dan betul akan di beri ganjaran.
3.    Pada akhir langkah pengajaran atau semasa membuat rumusan , saya rasa pertandingan kuiz adalah sangat sesuai bagi menguji tahap pemahaman murid terhadap apa yang telah dipelajari sama ada mereka dapat mengingati dengan baik atau tidak . Jika mereka masih belum dapat menjawap soalan kuiz yang dikemukakan bermakna objektif pengajaran pada hari itu tidak dapat di capai dengan sepenuhnya.

















No comments:

Post a Comment