About Me

My photo
bintulu, sarawak, Malaysia

TEmA

Pages


Total Pageviews

Powered by Blogger.

Popular Posts

Sunday 11 December 2011

RPH (Rancangan Pengajaran Harian)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata pelajaran  :                                      Bahasa Melayu
Kelas  :                                                     4 BESTARI
Tarikh  :                                                   15 OKTOBER 2011
Masa  :                                                     8.00 pagi – 8.300 pagi (30 minit)
Bilangan murid  :                                     33 orang
Tema  :                                                     Keajaiban Alam
Tajuk  :                                                     Faedah Batu-Batan
Hasil pembelajaran  :
Fokus Utama
6.4   Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.
        Aras 2
i)                    Menyatakan maklumat menyeluruh tentang sesuatu teks yang dibaca.
Fokus Sampingan
9.2  Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca.
       Aras 2
i)                    Mencatat nota dalam bentuk grafik.
4.1  Mengemukakan pendapat bagi menjelaskan idea tentang isu perbincangan.
       Aras 2
i)                    Mengemukakan pendapat bagi menjelaskan idea tentang isu perbincangan.

Objektif pembelajaran  : 
Pada akhir pengajaran ini murid dapat :
1.       Mengetahui faedah atau kegunaan batu-batan dalam kehidupan seharian.
2.      Membaca dengan intonasi yang betul.
3.      Memadan  sekurang-kurangnya 6 daripada 8 penjodoh bilangan yang telah dipelajari.
4.      Membuat sekurang-kurangnya  5 daripada 8 ayat berdasarkan penjodoh bilangan yang diberi.

Sistem Bahasa : Penjodoh bilangan
Pengisian Kurikulum :
a.       Ilmu                           : Kajian Tempatan, Sains
b.      Nilai Murni                : Bekerjasama, kesyukuran, menghargai alam sekitar
c.       Kemahiran Bernilai Tambah  :
i.                    Kecerdasan Pelbagai  :  Verbal Linguistik, Kinestatik, Intrapersonal, Interpersonal
ii.                  Kemahiran Berfikir    :   meneliti, menjana idea, mengenalpasti
iii.                Kemahiran Belajar Cara Belajar : Membaca, mencatat, menulis
Bahan, peralatan dan bahan sumber :
Komputer riba, teks, lembaran kerja, bahan maujud (batu)
Pengetahuan sedia ada :
Murid mengetahui kepentingan batu-batan dalam kehidupan manusia.


Fasa
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/ Mencungkil idea (5 minit)
Bahan maujud
Batu kecil
Buat kaitan dengan aktiviti yang dilakukan oleh guru iaitu menggengam batu kecil dan menyuruh murid meneka.
Mengaitkan aktiviti dengan pengetahuan sedia ada murid.
Murid memberi respon.
Strategi/Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan kaedah teka-teki

Kemahiran berfikir :
Menjana idea dan meneliti

Kecerdasan Pelbagai :
Verbal linguistic

Menstruktur/
Menstruktur
Semula
(10minit)
Teks
Faedah Batu-
Batan
Mengarahkan murid membaca secara kelas, kumpulan dan individu.




Guru memberi penjelasan tentang isi pelajaran yang telah dibaca dan aktiviti yang akan dijalankan oleh murid.

Murid membaca teks dengan memberi penekanan  pada intonasi berdasarkan tanda bacaan yang terdapat dalam teks.
Murid menyatakan maklumat penting yang terkandung dalam teks.

Strategi/Teknik:
Bacaan mekanis
Kemahiran berfikir:
Meneliti

Kemahiran belajar cara belajar:
Membaca
Menulis

Kecerdasan pelbagai:
Interpersonal
Intrapersonal

Nilai:
Keberanian
Kerjasama

Aplikasi Idea
(10minit)
Faedah Batu-Batan.

Sistem bahasa:
Penjodoh bilangan
Bentuk, ketul,utas,pasang,
Urat,keping,
kuntum,jambak,
bungkah



Murid membaca perkataan yang disenaraikan  pada papan tulis.
Murid diminta menyatakan penjodoh bilangan yang sesuai untuk perkataan berikut dan membina ayat tunggal menggunakan penjodoh bilangan tersebut.
Murid memberi respon.
Aktiviti pemulihan:
Membuat latihan memadankan penjodoh bilangan.
Strategi/Teknik:
Penyoalan seluruh kelas.
Bacaan mekanis

Kemahiran berfikir:
Mengenalpasti

Kemahiran belajar cara belajar:
Menulis
Membaca

Nilai:
Kerajinan

Sumber pengajaran:
Slaid pp
Refleksi/Penutup
(5minit)
Faedah Batu-Batan

Penjodoh bilangan
Taksir kefahaman murid dengan membuat penyoalan keseluruhan kelas.
Membuat kesimpulan p&p bersama-sama murid dan menyuruh murid membaca subtajuk yang seterusnya untuk mengetahui lebih banyak tentang keajaiban alam.
Murid memberi respond  dan membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.
Strategi/ Teknik:
Penyoalan keseluruhan kelas.

Kemahiran berfikir:
Menjana idea
Menilai

Nilai:
Kesyukuran






No comments:

Post a Comment